Maths

Analisis Pendaraban Matematik
Satu teknik pengajaran , di mana sesuatu konsep dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil mengikut langkah-langkah penerangan. Kaedah ini menghendaki pelajar perlu mengetahui 'kenapa' sesuatu langkah atau algorithma iu dilakukan. Teknik ini dapat menyediakan proses kefahaman yang lebih mendalam terhadap sesuatu konsep. Pelajar tidak hanya mengetahui 'bagaimana' jawapan diperolehi , bahkan mereka dapat menjelaskan 'kenapa' sesuatu prosedur itu dilakukan. Kefahaman jenis ini sering kali disebut sebagai 'relational understanding' ( Skemp, 1987), atau 'conceptual understanding' (Resnick & Ford, 1981; Hiebert, 1992; Desforges & Cockburn, 1987), atau 'perceptual interpretation' (Cooney, 1992). Berikut adalah satu contoh penggunaan teknik analisis dalam soalan bentuk mekanis:

24 x 36
 = (20 + 4) x 36 cerakinan
 = (20 x 36) + (4 x 36) Hukum taburan
 = [20 x (30 + 6)] + [4 x (30 + 6)] cerakinan
 = [(20 x 30) + (20 x 6)] + [(4 x 30) + (4 x 6)]hukum taburan
 = 600 + 120 + 120 + 24 kemahiran pendaraban
 = 600 + 100 + 20 + 100 + 20 + 20 + 4 cerakinan
 = 800 + 60 + 4 kemahiran menambah
 = 864




Lagu nombor

Di bawah ialah dua lagu mengenai lagu nombor 1-9 versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu








Rahsia Sifir 19 x 19

    Selamat sejahtera, kita ni semua sudah mahir dalam hafal sifir dari 1 hingga 9. Akhir-akhir ini saya mendapati kanak-kanak di India telah membelajari cara baru dalam menghafal sifir dari 1 -19@@
    Di bawah merupakan cara mereka menghafal sifir itu:

    18 x 17 =306

Langkah pertama: nombor pertama iaitu 18 campur dengan digit kedua nombor kedua itu 7. selepas itu darab
                             dengan 10
                             18 + 7 = 25
                             25 x 10=250

Langkah kedua: digit kedua nombor pertama iaitu 8 berdarab dengan digit kedua nombor kedua iaitu 7
                             8 x 7 = 56

:Langkah ketiga: jawapan akhir kedua-dua nombor campur sekali dan itulah jawapan bagi formula itu.
                          250+56=306

          Saya mendapati cara ini adalah lebih cepat daripada cara tradisional. Walau bagaimanapun, cara ini tidak sesuai untuk pendaraban lepas angka 19. Oleh itu, kita masih perlu menggunakan cara darab tradisiaonal.