Bahasa Melayu

Lagu ABC


Kesalahan Umum Bahasa Melayu

Kesalahan ayat

  1. Rumus ayat pasif dengan pelaku ketiga ditandai oleh awalan di :
    • Tidak ada apa yang mereka risaukan waktu itu.
    • Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang dia sendiri menetapkan.
    • Semuanya dia kenal.
    • Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang dia tidak tahu dari mana puncanya.
  2. Jawapan sepatutnya:
    • Tidak ada apa yang 'dirisaukan (perkataan "oleh" jika tidak diletakkan juga betul)'waktu ini.
    • Ayahnya setuju walaupun melanggar syarat yang 'ditetapkan oleh dia'.
    • Semuanya dikenal oleh dia'.
    • Dia menjawab seperti disuruh-suruh oleh kuasa yang'tidak tahu oleh dia'dari mana puncanya.
  3. Kata ganti diri pertama dengan kata kerja pasif disisipkan kata lain:
    • Bola ini 'ditendang oleh saya'.
    • Makanan ini kamu telah makan' ?
    • Segala perubahan yang berlaku 'kita akan menghadapi' sama-sama.
  4. Jawapan sepatutnya:
    • Bola ini saya tendang' .
    • Makanan ini 'telah kamu makan' ?
    • Segala perubahan yang berlaku 'akan kita hadapi' sama-sama.
“Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”:
    • Contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.
    • (Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama *nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. )
    • Salah:
    • Cili sos
    • Mini perpustakaan
    • Zaleha Restoran
    • Jaya Klinik
    • Betul:
    • Sos cili
    • Perpustakaan mini
    • Restoran Zaleha
    • Klinik Jaya

Kesalahan frasa dan kata

Kesalahan umum dari segi Kata jamak

    • Salah:
    • mereka-mereka
    • semua kereta-kereta
    • para-para pelajar
    • empat orang abang-abang
    • Betul:
    • mereka
    • semua kereta
    • para pelajar
    • empat orang abang

Kesalahan umum dari segi Kata penguat

    • Salah:
    • paling indah sekali
    • Betul:
    • sangat tinggi
    • sungguh jauh
    • paling indah
    • amat menakutkan /amat menakutkan sekali / sangat menakutkan sekali / sungguh menakutkan sekali

Kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat

    • Salah:
    • Sani mendapat markah yang tertinggi sekali / tersungguh tinggi.
    • Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu.
    • Betul:
    • Sani mendapat markah yang tertinggi .
    • Hassan ialah peserta yang termuda / teramat muda / tersangat muda dalam pertandingan itu.

 Kesalahan umum dari segi Kata hubung

    • Salah:
    • Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.
    • Badannya besar kecuali kakinya kecil.
    • Betul:
    • Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.
    • Badannya besar tetapi kakinya kecil.

Kesalahan umum dari segi Kata bilangan

    • Salah:
    • Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
    • Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
    • Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
    • Betul:
    • Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
    • Beribu- ribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
    • Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.

Kesalahan umum dari segi Kata Sendi

i - Dari
    • Salah:
    • Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.
    • Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
    • Betul:
    • Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.
    • Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.
ii - Daripada
    • Salah:
    • Tilam itu dibuat dari getah asli.
    • Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.
    • Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.
    • Betul:
    • Tilam itu dibuat daripada getah asli.
    • Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
    • Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.
iii - Pada
    • Salah:
    • Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.
    • Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
    • Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara.
    • Betul:
    • Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan.
    • Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.
    • Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.
iv - Di
    • Salah:
    • Saya dilahirkan diSarawak.
    • Ayah awak bekerja dimana ?
    • Betul:
    • Saya dilahirkan di Sarawak.
    • Ayah awak bekerja di mana ?

Kesalahan umum dari segi Penjodoh bilangan

    • Salah:
    • Setiap orang pelajar.
    • Sesetengah orang rakyat.
    • Seluruh buah negeri.
    • Semua ekor binatang.
    • Beberapa pelajar.
    • Betul:
    • Setiap pelajar.
    • Sesetengah rakyat.
    • Seluruh negeri.
    • Semua binatang.
    • Beberapa orang pelajar.

Kesalahan umum dari segi Kata ganti diri

    • Salah:
    • Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai polis.
    • Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.
    • Betul:
    • Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis.
    • Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.

Kesalahan umum dari segi Kata adjektif

    • Salah:
    • Masakan yang dihidangkan oleh ibunya benar lazat.
    • Pemandangan di pantai yang nian indah itu mempesonakannya.
  1. Betul:
    • Masakan yang dihidangkan oleh ibunya 'lazat benar.
    • Pemandangan di pantai yang indah nian itu mempesonakannya.

Kesalahan umum dari segi Kata kerja transitif

    • Salah:
    • Ibu sedang jahit baju kurung.
    • Ayah selalu cuci keretanya.
    • Betul:
    • Ibu sedang menjahit baju kurung.
    • Ayah selalu mencuci keretanya.

Kesalahan umum dari segi Ayat pasif

    • Salah:
    • Cerpen itu telah dikarang oleh saya.
    • Latihan itu mesti dibuat oleh kau.
    • Betul:
    • Cerpen itu telah saya karang.
    • Latihan itu mesti kaubuat.

Kesalahan umum dari segi Kata tanya

    • Salah:
    • Kamu berasal dari manakah ?
    • Apa nama pengawas itu ?
    • Bila ayah akan pulang ?
    • Binatang peliharaan awak bernama siapa ?
    • Betul:
    • Kamu berasal dari mana ?
    • Siapakah nama pengawas itu ?
    • Bilakah ayah akan pulang ?
    • Binatang peliharaan awak bernama apa ?

 Kesalahan umum dari segi Ejaan

    • Salah:
    • Kucing itu tidur dibawah meja.
    • Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu.
    • Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab.
    • Ibubapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik kepada anak-anak.
    • Orangtua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada anaknya yang bongsu.
    • Betul:
    • Kucing itu tidur di bawah meja.
    • Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu.
    • Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.
    • Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.
    • Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anaknya yang bongsu.

Kesalahan umum dari segi Kata Ganti Diri

    • Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
    • Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:
    • Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)
    • Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)
    • Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tua-tua, dan bukan kanak-kanak. Misalnya:
    • Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)
    • Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)
    • Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi kamu-kamu, anda-anda, mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:
    • Mereka-mereka yang bersalah akan dihukum. (salah)
    • Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)
    • Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya. Misalnya:
    • Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)
    • Jika tidak dirawat, mungkin ia akan lumpuh. (betul)
    • Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.